Perladangan Organik ialah satu sistem pengeluaran yang mengelakkan dari penggunaan baja dan racun perosak sentetik. Selain itu, pengusaha juga haruslah mengambil langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan memelihara biodiversiti. Kompos, najis haiwan, sisa tanaman, tanaman kekacang, baja hijau dan baja organik digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan sebagai pembajaan tanaman.
Bagi menangani masalah perosak, penyakit dan rumpai, kaedah-kaedah seperti mekanikal, fizikal dan kultura termasuk tanaman giliran dan kawalan secara biologi diamalakan.
Tuesday, October 13, 2009
Sunday, September 13, 2009
Bumi dan Langit Berbicara...
Manusia adalah ciptaan ILAHI yang serba istimewa & sempurna. Penciptaan fitrahnyalah yang paling tinggi lagi mulia berbanding dengan penciptaan yang lain...
TAPI, manusia tetap juga tidak bersyukur malah memberontak menentang setiap petunjuk ILLAHI kerana merasa diri serba sempurna. Dan kelak, bila tiba masanya untuk menghancurkan segala nikmat dan keistimewaan ini, manusia terbelalak. Manusia menjadi semacam anai-anai yang bertebaran.
Bingung melihat telatah langit dan bumi yang tiba-tiba saja bergulugan dan gunung-ganag serta bukit bukau berterbangan macam kapas.
Langit dengan mudah digulungkan. Pecah dan terbelah menjadi mawar merah. Matahari dipecahkan dan bintang-bintang berguguran. Bulan terbelah dan semua cahaya hilang dan terhakis. Bumi pada waktu itu memuntahkan segala isi perutnya. Dan bila tiba detik kehancuran itu, manusia terbelalak, menyesali yang tidak berguna lagi. Dan semuanya dijadikan untuk renungan manusia yang berfikir.
Semua ini diciptakan khusus untuknya, baik gunung-ganang, rimba belantara, bukit bukau, sungai & lautan, binatang ternakan dan haiwan liar, pokok-pokok, hujan dan kebanjiran, kemarau dan kegersangan, malam serta siang yang penuh rahsia.

Saturday, September 12, 2009
TERIMALAH KETENTUAN ALLAH, BAIK ATAUPUN BURUK
Ketentuan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada dan qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hamban-Nya dan mengkehendaki kemudahan untuk mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dia menyimpan di akhirat dan memberikan habuan yang cukup bagi mereka yang sabar tanpa penghitungan. Hal ini jika direnungkan, maka akan mengubah kesedihan menjadi kesenangan dan kebahagian. Namun tidak semua orang kuat bersikap begini.
Berikut ini langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat menghadapi musibah dengan selamat ( baik) :
1. Cubalah khayalkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk dari yang sedang dialami.
2. Cubalah khayalkan orang lain yang sedang ditimpa musibah yang lebih besar dari yang sedang dialami.
3. Pandanglah nikmat-nikmat yang diberi kepada anda tetapi ia diberi kepada orang lain.
4. Jangan sekali-kali anda menyerah mendepani kegagalan yang berlaku sekalipun berupa malapetaka.
Allah s.w.t berfirman:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu
menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
( Surah Al-Baqarah:216)

Wednesday, August 12, 2009
Kedamaian Hati Terletak Pada Akhlak Yang Mulia
Sikap seseorang akan terpantul kepada orang lain, dan begitu pula sebaliknya. Dengan kata lain, jika seseorang berbuat baik kepada orang lain, maka orang lain pun akan melakukan hal yang serupa kepadanya. Pantulan kebaikan adalah kebaikan juga, maka siapa yang berbuat baik kepada orang lain, maka jiwa raganya akan tenang- hatinya akan damai. Dan dia akan menikmati anugerah hidup dari Allah dalam suasana yang penuh tolak ansur serta harmoni.
Orang yang buruk dan bengis penampilan serta pembawaanya, maka orang lain juga akan melakukan hal serupa kepadanya. Sesiapa yang tidak menghormati orang lain, maka orang lain tidak akan hormat kepadanya.
Orang yang baik akhlaknya lebih dekat kepada ketenangan, jauh dari kegelisahan dan kesusahan

Wednesday, August 5, 2009
PROGRAM INSENTIF PENGELUARAN TANAMAN- JAMINAN BEKALAN MAKANAN SAYUR DAN BUAH
Untuk menggalakan peningkatan pengeluaran tanaman (Buah-buahan dan Sayur-sayuran)di bawah Jabatan Pertanian Sabah telah memperkenalkan insentif kepada para pengusaha yang berkelayakan. Kadar insentif Tanam yang dipersetujui adalah seperti berikut:-
i. Sayur-sayuran (termasuk tanaman kontan)seperti Cili, Brassica(Sawi), kobis,
Kacang Buncis,halia, terung, bayam, kacang panjang, tomato, kangkung, timun,
labu manis, ubi kayu dan jagung manis.
Kadar insentif : RM81.00/metrik tan.
ii. Buah-buahan ( Misalnya : Nanas,belimbing, betik, jambu, limau, mangga, pisang, kelapa, salak, tembikai/melon, longan cempedak dan rambutan )
Kadar insentif : RM78.00/ metrik tan
Perlu diingatkan bahawa pemberian insentif ini hanya berdasarkan kepada pengeluaran Hasil yang dijual sahaja. Bagi masyarakat pengusaha hasil-hasil pertanian sekalian perlulah memgambil peluang ini. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Sabah ini, mudah-mudahan dapat meringankan beban pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran.
Oleh itu gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Usahakanlah sedikit demi sedikit tanah-tanah yang terbiar di Kota Marudu. Setidak-tidaknya dengan kita mengusahakan sesuatu tanaman buah-buahan atau sayur-sayuran, kita tidak perlu lagi membeli diluar sana dan ini dapat menjimatkan kos makanan seharin kita.Tapi jika dapat diusahakan pada skala yang lebih besar itu adalah yang terlebih baik lagi.
Untuk Renungan kita bersama:-
"Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya
Kelebihan Manusia pada Akalnya"
Sunday, July 12, 2009
"Biar Kecil Asalkan Berhasil"
" Apa guna ada perniagaan besar yang untungnya kecil?"
Biarlah kita jadi penjaja di pasar malam,penjual ubat dipinggir jalanan, pengusaha warung maKAN dilorong-lorong sempit, pengusaha industri kecil dibelakang rumah atau penjual minuman dan makanan bergerak tetapi kita yakin dan optimis dengan perniagaan kita. kita melakukan dengan penuh gairah dan seronok.
Apa yang cuba disampaikan penulis ialah, untuk memulakan perniagaan tidak perlu terlalu besar. Mulakan dari bawah dan kembangkan secara berperingkat-peringkat. Jangan cepat-cepat hendakan kekayaan yang segera.Yang paling penting ada kesungguhan dalam mengusahakan sesuatu perniagaan, biarpun ianya secara kecil-kecilan sahaja.Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, cuba anda renungkan dan fikirkan karektor Seorang JUTAWAN SENYAP berikut:-
1. Mereka pada umumnya menjalankan perniagaan yang tidak 'GAH' tidak hebat dan tidak 'standard'. Kebanyakanya menjalankan perniagaan kecil tetapidengan jaringan yang luas dan sesetengahnya pula ada usaha sampingan seperti ladang kelapa sawit, kelapa, getah, ternakan air tawar, kolam memancing, ladang nenas madu, ternakan kambing dan ayam kampung, membeli besi buruk dan sebagainya.
2. Mereka tidak pernah bercerita apa-apa tentang berapa pendapatan mereka. Bahkan mereka cuba mengelak kalau ada yang cuba-cuba hendak mengorek tentang perkara itu.
3. Walaupun kehidupan mereka mewah, ada rumah dan kenderaan yang setaraf dengan wakil rakayat...tetapi kehidupan sosial mereka lebih merakayat. Mereka tidak masuk dalam kelas elit. Dalam majlis-maljis sosial mereka duduk di barisan orang kebanyakan. Ketua Kampung, penghulu mukim atau ketua cawangan parti lebih berkedudukan berbanding dengan mereka ini.
4. Mereka ini jarang atau tiada yang mendapat apa-apa anugerah bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato' atau Tan Sri. Paling tinggi pun PJK (Pingat Jasa Kebaktian) dan gelaran yang lazim untuk mereka ialah seperti 'Pak Haji' atau 'Mak Hajjah' jikalau telah menunaikan haji.
5. satu lagi ciri penting jutawan senyap ini ialah mereka bukan jenis ghairah melabur sana-sini. Mereka paling berhati-hati dan berwaspada apabila melibatkan soal duit. Disiplin menyimpan cukup tinggi dan gaya berbelanjaya pun sangat berhemat. Mereka lebih yakin membeli hartanah berbanding saham. Falsafah perniagaan mereka ialah,
" Biarlah kita jalankan perniagaan KECIL asalkan kejayaanya BESAR. Itu lebih baik dari busines BESAR tapi untungnya KECIL"
"MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YANG DIUSAHAKAN ITU GAGAL"
TANDEK BOLEH....MARUDU YAKIN BOLEH....APA TUNGGU LAGI MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA, JANGAN BERLENGAH LAGI....
Friday, July 10, 2009
Pelan Perniagaan
1. Untuk memulakan sesuatu perniagaan, tidak kira perniagaan itu besar atau pun kecil yang paling penting haruslah terlebih dahulu mempunyai atau menyediakan Pelan Perniagaan.Dimana pelan perniagaan ini adalah penting bagi menerangkan maksud berkenaan Rancangan Perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.Baiklah mengapakah Pelan perniagaan ini mustahak kepada Usahawantani-usahawantani kita terutamanya di Daerah Kota Marudu? Ya, tujuanya yang pertama sekali dengan adanya Pelan Perniagaan ini kita sebagai pengusaha akan dapat menilai sendiri bidang apakah yang bakal dicuburi. Misalnya bidang penternakan kambing, lembu, menjual kelapa bakar, menjual ikan pangang, menjual sayur-sayuran, buah-buahan-durian,limau,mangga, menjual ikan masin dan sebagainya. Ini sebagai contoh sahaja, yang lain-lain tuan-tuan boleh fikirkan.
2. Tujuan kedua Pelan Perniagaan ialah untuk membantu kita menganggarkan keperluan sumber.Sebagai contoh dari segi keluasan tanah yang diperlukan,sumber kewangan merangkumi perbelanjaan atau modal awal yang diperlukan untuk menjayakan Projek yang hendak dilaksanakan.
3. Seterusnya mengkaji dan menilai Daya Maju Projek. Maka dengan adanya Pelan Perniagaan ini petunjuk awal dari segi Pendapatan bersih, pendapatan terkumpul, kos pengeluaran, titik pulang modal dan jangka masa perancangan projek perniagaan itu disiapkan sepenuhnya.
4. Sebagai panduan untuk mengurus projek dan memberi gambaran kemungkinan masalah yang mungkin akan dihadapi.Memberikan keyakinan kepada pihak bank sekiranya kita ingin membuat pinjaman untuk tujuan perniagaan yang berasaskan makanan. Pinjaman boleh dibuat Di Agro Bank (Bank Pertanian Malaysia).
Subscribe to:
Posts (Atom)