Friday, December 11, 2009

Manfaat Kesihatan Kolostrum


Produk - Makanan Kesihatan - K-Ig-Gold

Manfaat Kesihatan Kolostrum

Bayi

Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Di samping itu, kandungan lemak yang rendah di dalamnya sesuai untuk pemakanan bayi baru lahir yang mempunyai sistem pencernaan yang lemah.
Kehadiran antibodi di dalam kolostrum membantu bayi memperkembangkan daya pertahanan badan. Kolostrum juga bertindak sebagai laksatif lembut yang menggalakkan pengeluaran najis pertama bayi dengan lancar. Najis pertama tersebut dikenali sebagai Meconium dan tinggi dengan Bilirubin untuk mengelakkan penyakit jaundis.

Kanak-kanak

Kolostrum membawa pengaruh yang besar kepada perkembangan sistem pertahanan kanak-kanak. Beberapa penyelidikan melaporkan bahawa kanak-kanak yang diberi kolostrum membesar dengan lebih kuat dan sihat secara fizikal dari muda hingga zaman dewasa. Ia turut mengurangkan kebarangkalian untuk dijangkiti masalah pengecutan gastrousus ataupun gangguan pernafasan seperti asma.

Orang dewasa dan warga tua

Pengambilan kolostrum secara kerap mampu membantu mengembalikan dan memaksimakan sistem pertahanan seseorang dewasa. Oleh sebab kandungan karbohidrat yang tinggi berupaya memantapkan tahap tenaga, maka kolostrum sering digunakan oleh ahli sukan.
Kolostrum mencegah penyakit seperti arteriosklerosis dan penyakit jantung di samping melawan jangkitan bakteria seperti chlamydeous serta merendahkan tahap kolesterol LDL dan seterusnya mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Secara umumnya, kolostrum berpengaruh untuk memelihara kesihatan badan sepanjang hayat hidup.

Thursday, December 10, 2009

Produk Kesihatan - Jagalah Kesihatan Kita

Produk - Minuman Kesihatan - K-LIQUID CHLOROPHYLL

(http://www.k-link.com/malay/products/health_drink/k_liquid_chlorophyll/)


Tiga kebaikan K-Liquid Chlorophyll:
1. Pembersihan - merujuk kepada detoksifikasi dan penghapusann kotoran dalam badan
2. Pengawalan - mengimbangkan hormon-hormon serta asid dan alkali dalam badan
3. Penyuburan - membekalkan nutrien untuk kesihatan darah bagi meningkatkan tahap oksigen dan sel darah merah
Apakah Klorofil?

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.
Mengapa Alfalfa?

Alfalfa dipilih kerana ianya mengandungi empat kali ganda lebih klorofil daripada sayur-sayuran lain. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.
Satu sudu besar K-LINK K-Liquid Chlorophyll sama seperti mengambil sayur-sayuran sebanyak 1 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsangkan kesihatan yang baik.

Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan
Klorofil dalam alfalfa mengandungi agen anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.

Klorofil sangat kaya dengan:
Zink – Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan
Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain.

Menggalakkan Pertumbuhan Sel-sel dan Meningkatkan Sistem Imuniti
Dr. Richard Wilstatter (1915) dan Dr. Hans Fischer (1930) masing-masing telah menerima Anugerah Nobel dalam Jurusan Perubatan dan KImia kerana menemui struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil. Dari sinilah dapat ditunjukkan bagaimana klorofil menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan penghasilan sel-sel membantu dalam membina sistem daya ketahanan.

Ciri-ciri Penghasilan Darah
Penerima-penerima Anugerah Nobel, Dr. Richard Wilstatter dan Dr. Hans Fischer juga telah membuat penemuan bahawa terdapat hanya satu perbezaan ketara di antara sel-sel darah merah dan klorofil iaitu klorofil mempunyai atom magnesium di dalam nukleusnya, manakala sel-sel darah merah mempunyai besi. Dengan itu, klorofil dapat membantu dalam kes-kes anemia dan keadaan kekurangan darah.

Membersihkan Badan daripada Racun Serangga dan Sisa-sisa Toksin Perubatan
Pakar pemakanan Prof. Bernard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat berkesan dalam mengurangkan toksin-toksin dari racun serangga dan sisa-sisa perubatan dengan mencucikannya keluar daripada badan. Beliau juga memerhatikan bahawa orang-orang sihat lazimnya mempunyai lebih tinggi jumlah darah berbanding dengan orang yang sakit. Bagaimanapun, selepas mengambil klorofil dengan banyak, jumlah darah pesakit telah bertambah dan kesihatan juga meningkat.

Mengurangkan Masalah Badan
Seorang saintis bernama Offen Krantz mendapati bahawa kebaikan-kebaikan klorofil dapat menolong pesakit-pesakit ulser perut. Klorofil telah menjadi pelengkap perubatan yang diarahkan oleh para doktor bagi pesakit yang mendapat ulser perut.
Memperbaiki Kulit Bermasalah dan Mencantikkan Kulit
Akhbar “The New England Medical Journal” telah melaporkan yang klorofil menolong dalam mengawal masalah-masalah kulit dan jangkitan dalaman. Akhbar “American Journal of Surgery” telah menyiarkan penemuan dari Temle Universiti mengenai penggunaan klorofil dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dan keadaan-keadaan lain yang berkaitan.

Sunday, November 15, 2009

Amalan Pertanian Baik-APB, (Good Agricultural Practices - GAP)

Amalan Pertanian Baik- APB, adalah satu cara mengurus ladang pertanian (tanaman, ternakan dan perikanan) yang berasaskan prinsip dan piawaian minimum amalam mengurus dan mengendali ladang pertanian yang perlu disediakan dan diamalkan oleh pengusaha. Penerapan amalan ini bermula dari peringkat perancangan dan pembangunan ladang, pengurusan sumber dan pemasaran hasil pertanian.
Garis panduan amalan ini membolehkan ladang diuruskan lebih sistematik, cekap sehingga satu piawaian kualiti dicapai. Ladang yang menerapkan amalan ini akan menentukan produktiviti ladang dioptimumkan, hasil ladang berkualiti dan selamat dimakan, kebajikan pekerja terpelihara dan kesejahteraan alam sekitar dijaga.

Objektif Amalan Pertanian Baik (APB)
Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha di Malaysia tentang kepentingan GAP dalam menghasilkan hasil pertanian yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan dan memenuhi ciri-ciri keselamatan serta piawaian antarabangsa dan pada masa yang sama tidak menjejaskan alam sekitar

Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha tentang cara-cara penggunaan racun perosak, baja kimia dan ubat-ubatan yang betul.

Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai dan pengguna tentang faedah membeli hasil pertanian yang dikeluarkan oleh ladang-ladang yang diberi pengiktirafan persijilan, dan

Memberi pengetahuan, kesedaran, kemahiran dan pengiktirafan kepada pengusaha ladang pertanian yang mengamalkan GAP melalui program persijilan seperti Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM).




Faedah Amalan Pertanian Baik (APB)
Pengusaha yang mengamalkan APB akan menikmati faedah seperti berikut:
Memastikan produk pertanian dari ladang memenuhi tahap keperluan piawaian keselamatan yang minimum di peringkat pasaran domestik dan luar Negara.
Memastikan produk dari ladang pertanian berkualiti
Menggalakkan dan meyakinkan penerimaan pengguna ke atas produk-produk pertanian keluaran ladang domestik.
Membantu membangunkan industri pertanian negara secara mesra alam dan mampan, dan
Meningkatkan produktiviti dan pendapatan pengusaha

Tuesday, October 13, 2009

Perladangan Organik

Perladangan Organik ialah satu sistem pengeluaran yang mengelakkan dari penggunaan baja dan racun perosak sentetik. Selain itu, pengusaha juga haruslah mengambil langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan memelihara biodiversiti. Kompos, najis haiwan, sisa tanaman, tanaman kekacang, baja hijau dan baja organik digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan sebagai pembajaan tanaman.

Bagi menangani masalah perosak, penyakit dan rumpai, kaedah-kaedah seperti mekanikal, fizikal dan kultura termasuk tanaman giliran dan kawalan secara biologi diamalakan.

Sunday, September 13, 2009

Bumi dan Langit Berbicara...

Manusia adalah ciptaan ILAHI yang serba istimewa & sempurna. Penciptaan fitrahnyalah yang paling tinggi lagi mulia berbanding dengan penciptaan yang lain...

TAPI, manusia tetap juga tidak bersyukur malah memberontak menentang setiap petunjuk ILLAHI kerana merasa diri serba sempurna. Dan kelak, bila tiba masanya untuk menghancurkan segala nikmat dan keistimewaan ini, manusia terbelalak. Manusia menjadi semacam anai-anai yang bertebaran.

Bingung melihat telatah langit dan bumi yang tiba-tiba saja bergulugan dan gunung-ganag serta bukit bukau berterbangan macam kapas.

Langit dengan mudah digulungkan. Pecah dan terbelah menjadi mawar merah. Matahari dipecahkan dan bintang-bintang berguguran. Bulan terbelah dan semua cahaya hilang dan terhakis. Bumi pada waktu itu memuntahkan segala isi perutnya. Dan bila tiba detik kehancuran itu, manusia terbelalak, menyesali yang tidak berguna lagi. Dan semuanya dijadikan untuk renungan manusia yang berfikir.

Semua ini diciptakan khusus untuknya, baik gunung-ganang, rimba belantara, bukit bukau, sungai & lautan, binatang ternakan dan haiwan liar, pokok-pokok, hujan dan kebanjiran, kemarau dan kegersangan, malam serta siang yang penuh rahsia.

Saturday, September 12, 2009

TERIMALAH KETENTUAN ALLAH, BAIK ATAUPUN BURUK

Ketentuan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada dan qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hamban-Nya dan mengkehendaki kemudahan untuk mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dia menyimpan di akhirat dan memberikan habuan yang cukup bagi mereka yang sabar tanpa penghitungan. Hal ini jika direnungkan, maka akan mengubah kesedihan menjadi kesenangan dan kebahagian. Namun tidak semua orang kuat bersikap begini.

Berikut ini langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat menghadapi musibah dengan selamat ( baik) :

1. Cubalah khayalkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk dari yang sedang dialami.

2. Cubalah khayalkan orang lain yang sedang ditimpa musibah yang lebih besar dari yang sedang dialami.

3. Pandanglah nikmat-nikmat yang diberi kepada anda tetapi ia diberi kepada orang lain.

4. Jangan sekali-kali anda menyerah mendepani kegagalan yang berlaku sekalipun berupa malapetaka.

Allah s.w.t berfirman:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu
menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."

( Surah Al-Baqarah:216)

Wednesday, August 12, 2009

Kedamaian Hati Terletak Pada Akhlak Yang Mulia

Sikap seseorang akan terpantul kepada orang lain, dan begitu pula sebaliknya. Dengan kata lain, jika seseorang berbuat baik kepada orang lain, maka orang lain pun akan melakukan hal yang serupa kepadanya. Pantulan kebaikan adalah kebaikan juga, maka siapa yang berbuat baik kepada orang lain, maka jiwa raganya akan tenang- hatinya akan damai. Dan dia akan menikmati anugerah hidup dari Allah dalam suasana yang penuh tolak ansur serta harmoni.

Orang yang buruk dan bengis penampilan serta pembawaanya, maka orang lain juga akan melakukan hal serupa kepadanya. Sesiapa yang tidak menghormati orang lain, maka orang lain tidak akan hormat kepadanya.

Orang yang baik akhlaknya lebih dekat kepada ketenangan, jauh dari kegelisahan dan kesusahan

Wednesday, August 5, 2009

PROGRAM INSENTIF PENGELUARAN TANAMAN- JAMINAN BEKALAN MAKANAN SAYUR DAN BUAH



Untuk menggalakan peningkatan pengeluaran tanaman (Buah-buahan dan Sayur-sayuran)di bawah Jabatan Pertanian Sabah telah memperkenalkan insentif kepada para pengusaha yang berkelayakan. Kadar insentif Tanam yang dipersetujui adalah seperti berikut:-

i. Sayur-sayuran (termasuk tanaman kontan)seperti Cili, Brassica(Sawi), kobis,
Kacang Buncis,halia, terung, bayam, kacang panjang, tomato, kangkung, timun,
labu manis, ubi kayu dan jagung manis.

Kadar insentif : RM81.00/metrik tan.


ii. Buah-buahan ( Misalnya : Nanas,belimbing, betik, jambu, limau, mangga, pisang, kelapa, salak, tembikai/melon, longan cempedak dan rambutan )

Kadar insentif : RM78.00/ metrik tan

Perlu diingatkan bahawa pemberian insentif ini hanya berdasarkan kepada pengeluaran Hasil yang dijual sahaja. Bagi masyarakat pengusaha hasil-hasil pertanian sekalian perlulah memgambil peluang ini. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Sabah ini, mudah-mudahan dapat meringankan beban pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran.

Oleh itu gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Usahakanlah sedikit demi sedikit tanah-tanah yang terbiar di Kota Marudu. Setidak-tidaknya dengan kita mengusahakan sesuatu tanaman buah-buahan atau sayur-sayuran, kita tidak perlu lagi membeli diluar sana dan ini dapat menjimatkan kos makanan seharin kita.Tapi jika dapat diusahakan pada skala yang lebih besar itu adalah yang terlebih baik lagi.

Untuk Renungan kita bersama:-

"Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya
Kelebihan Manusia pada Akalnya"

Sunday, July 12, 2009

"Biar Kecil Asalkan Berhasil"



" Apa guna ada perniagaan besar yang untungnya kecil?"

Biarlah kita jadi penjaja di pasar malam,penjual ubat dipinggir jalanan, pengusaha warung maKAN dilorong-lorong sempit, pengusaha industri kecil dibelakang rumah atau penjual minuman dan makanan bergerak tetapi kita yakin dan optimis dengan perniagaan kita. kita melakukan dengan penuh gairah dan seronok.

Apa yang cuba disampaikan penulis ialah, untuk memulakan perniagaan tidak perlu terlalu besar. Mulakan dari bawah dan kembangkan secara berperingkat-peringkat. Jangan cepat-cepat hendakan kekayaan yang segera.Yang paling penting ada kesungguhan dalam mengusahakan sesuatu perniagaan, biarpun ianya secara kecil-kecilan sahaja.Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, cuba anda renungkan dan fikirkan karektor Seorang JUTAWAN SENYAP berikut:-

1. Mereka pada umumnya menjalankan perniagaan yang tidak 'GAH' tidak hebat dan tidak 'standard'. Kebanyakanya menjalankan perniagaan kecil tetapidengan jaringan yang luas dan sesetengahnya pula ada usaha sampingan seperti ladang kelapa sawit, kelapa, getah, ternakan air tawar, kolam memancing, ladang nenas madu, ternakan kambing dan ayam kampung, membeli besi buruk dan sebagainya.

2. Mereka tidak pernah bercerita apa-apa tentang berapa pendapatan mereka. Bahkan mereka cuba mengelak kalau ada yang cuba-cuba hendak mengorek tentang perkara itu.

3. Walaupun kehidupan mereka mewah, ada rumah dan kenderaan yang setaraf dengan wakil rakayat...tetapi kehidupan sosial mereka lebih merakayat. Mereka tidak masuk dalam kelas elit. Dalam majlis-maljis sosial mereka duduk di barisan orang kebanyakan. Ketua Kampung, penghulu mukim atau ketua cawangan parti lebih berkedudukan berbanding dengan mereka ini.

4. Mereka ini jarang atau tiada yang mendapat apa-apa anugerah bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato' atau Tan Sri. Paling tinggi pun PJK (Pingat Jasa Kebaktian) dan gelaran yang lazim untuk mereka ialah seperti 'Pak Haji' atau 'Mak Hajjah' jikalau telah menunaikan haji.

5. satu lagi ciri penting jutawan senyap ini ialah mereka bukan jenis ghairah melabur sana-sini. Mereka paling berhati-hati dan berwaspada apabila melibatkan soal duit. Disiplin menyimpan cukup tinggi dan gaya berbelanjaya pun sangat berhemat. Mereka lebih yakin membeli hartanah berbanding saham. Falsafah perniagaan mereka ialah,

" Biarlah kita jalankan perniagaan KECIL asalkan kejayaanya BESAR. Itu lebih baik dari busines BESAR tapi untungnya KECIL"


"MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YANG DIUSAHAKAN ITU GAGAL"

TANDEK BOLEH....MARUDU YAKIN BOLEH....APA TUNGGU LAGI MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA, JANGAN BERLENGAH LAGI....

Friday, July 10, 2009

Pelan Perniagaan




1. Untuk memulakan sesuatu perniagaan, tidak kira perniagaan itu besar atau pun kecil yang paling penting haruslah terlebih dahulu mempunyai atau menyediakan Pelan Perniagaan.Dimana pelan perniagaan ini adalah penting bagi menerangkan maksud berkenaan Rancangan Perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.Baiklah mengapakah Pelan perniagaan ini mustahak kepada Usahawantani-usahawantani kita terutamanya di Daerah Kota Marudu? Ya, tujuanya yang pertama sekali dengan adanya Pelan Perniagaan ini kita sebagai pengusaha akan dapat menilai sendiri bidang apakah yang bakal dicuburi. Misalnya bidang penternakan kambing, lembu, menjual kelapa bakar, menjual ikan pangang, menjual sayur-sayuran, buah-buahan-durian,limau,mangga, menjual ikan masin dan sebagainya. Ini sebagai contoh sahaja, yang lain-lain tuan-tuan boleh fikirkan.

2. Tujuan kedua Pelan Perniagaan ialah untuk membantu kita menganggarkan keperluan sumber.Sebagai contoh dari segi keluasan tanah yang diperlukan,sumber kewangan merangkumi perbelanjaan atau modal awal yang diperlukan untuk menjayakan Projek yang hendak dilaksanakan.

3. Seterusnya mengkaji dan menilai Daya Maju Projek. Maka dengan adanya Pelan Perniagaan ini petunjuk awal dari segi Pendapatan bersih, pendapatan terkumpul, kos pengeluaran, titik pulang modal dan jangka masa perancangan projek perniagaan itu disiapkan sepenuhnya.

4. Sebagai panduan untuk mengurus projek dan memberi gambaran kemungkinan masalah yang mungkin akan dihadapi.Memberikan keyakinan kepada pihak bank sekiranya kita ingin membuat pinjaman untuk tujuan perniagaan yang berasaskan makanan. Pinjaman boleh dibuat Di Agro Bank (Bank Pertanian Malaysia).

Monday, June 22, 2009

Revolusi Pertanaian?

1. Secara umumnya apabaila disebut pertanian, dahulu orang akan menggambarkan ada sawah padi, kerbau, tanaman-tanaman makanan lain seperti ubu keledek, ubu kayu, sagu dan sebaganya. orang dahulu mengusahakan tanaman makanan hanya untuk menyara kehidupan keluarga seharian. Cara penanaman pun secara tradisional dan cukup makan.Tapi dahulu serangan serangga perosak, rumput-rumpai, tikus, kulat dan siput boleh dikatakan amat minimum.Dimana boleh dikatakan senang untuk dikawal??? Tapi sekarang apa macam....

2. Tahukah saudara dan saudari sekalian bukan manusia sahaja yang pandai berevolusi musuh-musuh tanaman seperti yang saya sebutkan tadi juga mempunyai daya evolusi yang kuat. Sebagai misalan Racun ABC digunakan pada serangga X pada mulanya berkesan.Tetapai selepas beberapa kali pusingan tanaman, mungkin Dos Racun sebelum ini perlu ditambah berbanding sebelumnya, Untuk melihat keberkesananya.Sebab serangga tadi melakukan evolusi kepada yang lebih kuat.Jadi para petani sekalian sebelum menggunakan apa juga jenis racun, fahami apa-apa maklumat penting ada pada label seperti tarikh mengilang, aturan penggunaan, sekatan yang sebenar jgn main hentam keromo saja,arahan keselamatan dan rawatan kecemasan bila perlu.Seperti jga ubat dari hospital ada sukatan yang ditetapkan dan kena ikut nasihat Doktor. Nah dos penggunaan racun pertanian pun begitu jugalah.Kalau kurang dos, mgkin kurang berkesan. Tapai kalau lebih, kita membazir racun dan duit kita. Dan jagn lupa serangga pun boleh melakukan evolusi jikat tidak ikut aturan pemakaian dan sukatan yang ditetapkan.



3. Pertanian adalah Satu Perniagaan ( PerniagaanTani)? kita sambung pada episod akan datang. Selamat Membaca dan berfikit.......

Thursday, June 18, 2009

Wednesday, June 3, 2009

Kawal Minda...Lebih Berjaya

Tiada siapapun boleh membuat anda marah jika anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika kita mahu mengawalnya. Jika kita memang tidak mahu marah, kita tidak akan marah.
Orang boleh jadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk terus berasa sedih. Maka kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik,diiya-iyakan, dirangsang-rangsang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah "Dia dapat mengawal emosinya".

"Sesungguhnya marah itu datangnya dari syaitan, sedang syaitan dijadikan daripada api dan yang memadamkan api adalah air, apabila marah salah seorang kamu, maka hendaklah dia mengambail wuduk".

Wednesday, May 27, 2009

KETABAHAN DAN KEKENTALAN JIWA MENCAPAI KEJAYAAN

Perjuangan untuk mencapai kejayaan sama seperti perjuangan menentang musuh, banyak liku,duri dan renjaunya. Perjuangan demi kejayaan menuntut pengorbanan dan memakan masa yang amat panjang.
Jikalau saudari dan saudari masih ingat sewaktu kita bergelar pelajar, sebelum kita mencapai kejayaan pada hari ini sebenarnya telahpun melalui berbagai cabaran dan dugaan yang memerlukan semangat yang jitu dan kekuatan hati:
i. Pada masa orang lain bersenang-senang menonton tv, kita terpaksa membuat latihan dan
kerja rumah.
ii. Ketika sahabat-sahabat kita yang lain enak tidur dan ponteng sekolah, kita pula awal-awal lagi dah bangun pagi untuk mentelah buku dan ke Sekolah.
iii. Pada masa cuti atau pada waktu petang selepas hari persekolahan orang lain berfoya-foya ke sana ke mari, kita pula terpaksa menghadapi kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum.
iv. Kita mungkin disindir atau dipulaukan oleh kawan-kawan atau gelaran-gelaran yang menyakitkan telinga keran terlalu komited dengan pelajaran.
v. Kita mungkin menerima leteran guru dan ibu bapa setiap hari. Tapi kita sedar semua itu adalah demi untuk kebaikan kita di masa hadapan.
vi. Kita juga mungkin mengalami gangguan perasaan dan fikiran kerana beban kerja sekolah yang banyak.
Tapi, dengan kekuatan, keazaman, kesungguhan dan ketabahan akhirnya kita menuai benih kejayaan yang kita usahakan sebelum ini. Ingat ubat untuk jiwa yang lemah ialah tauhid kepada Allah. Walau bagaimanapun segala usaha yang kita lakukan Tuhan jua penentu segala-galanya. Maka apabila anda telah berusaha bersungguh, maka janganlah sesekali lupa bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa.
"MANUSAI MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, TAPI INGAT PERANCANGAN ALLAHLAH YANG LEBIH BAIK".
"Kegagalan hanya satu persimpangan dan bukanlah satu jalan mati"

Monday, May 25, 2009

RENUNGAN ORANG KITA, KITA ORANG

PERANAN SYAITAN DALAM ILHAM

"Dan demikianlah KAMI jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)". - Al- Imbran, 122.

"KESENANGAN HATI DAN KETENTERAMAN JIWA LEBIH BERHARGA DARI KESENANGAN PANGKAT DAN KEKAYAAN"

"Dan orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya, dan mengharapkan ampun ALLAH tanpa beramal".

Sunday, May 24, 2009

Kejayaan Dan Kecemerlangan

Kejayaan dan Kecemerlangan adalah impian setiap insan. Setiap bangsa di dunia ini sentiasa berlumba-lumba untuk membuktikan mereka lebih berjaya dan lebih cemerlang daripada setiap bangsa dan negara yang lain.