Sunday, July 12, 2009

"Biar Kecil Asalkan Berhasil"



" Apa guna ada perniagaan besar yang untungnya kecil?"

Biarlah kita jadi penjaja di pasar malam,penjual ubat dipinggir jalanan, pengusaha warung maKAN dilorong-lorong sempit, pengusaha industri kecil dibelakang rumah atau penjual minuman dan makanan bergerak tetapi kita yakin dan optimis dengan perniagaan kita. kita melakukan dengan penuh gairah dan seronok.

Apa yang cuba disampaikan penulis ialah, untuk memulakan perniagaan tidak perlu terlalu besar. Mulakan dari bawah dan kembangkan secara berperingkat-peringkat. Jangan cepat-cepat hendakan kekayaan yang segera.Yang paling penting ada kesungguhan dalam mengusahakan sesuatu perniagaan, biarpun ianya secara kecil-kecilan sahaja.Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, cuba anda renungkan dan fikirkan karektor Seorang JUTAWAN SENYAP berikut:-

1. Mereka pada umumnya menjalankan perniagaan yang tidak 'GAH' tidak hebat dan tidak 'standard'. Kebanyakanya menjalankan perniagaan kecil tetapidengan jaringan yang luas dan sesetengahnya pula ada usaha sampingan seperti ladang kelapa sawit, kelapa, getah, ternakan air tawar, kolam memancing, ladang nenas madu, ternakan kambing dan ayam kampung, membeli besi buruk dan sebagainya.

2. Mereka tidak pernah bercerita apa-apa tentang berapa pendapatan mereka. Bahkan mereka cuba mengelak kalau ada yang cuba-cuba hendak mengorek tentang perkara itu.

3. Walaupun kehidupan mereka mewah, ada rumah dan kenderaan yang setaraf dengan wakil rakayat...tetapi kehidupan sosial mereka lebih merakayat. Mereka tidak masuk dalam kelas elit. Dalam majlis-maljis sosial mereka duduk di barisan orang kebanyakan. Ketua Kampung, penghulu mukim atau ketua cawangan parti lebih berkedudukan berbanding dengan mereka ini.

4. Mereka ini jarang atau tiada yang mendapat apa-apa anugerah bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato' atau Tan Sri. Paling tinggi pun PJK (Pingat Jasa Kebaktian) dan gelaran yang lazim untuk mereka ialah seperti 'Pak Haji' atau 'Mak Hajjah' jikalau telah menunaikan haji.

5. satu lagi ciri penting jutawan senyap ini ialah mereka bukan jenis ghairah melabur sana-sini. Mereka paling berhati-hati dan berwaspada apabila melibatkan soal duit. Disiplin menyimpan cukup tinggi dan gaya berbelanjaya pun sangat berhemat. Mereka lebih yakin membeli hartanah berbanding saham. Falsafah perniagaan mereka ialah,

" Biarlah kita jalankan perniagaan KECIL asalkan kejayaanya BESAR. Itu lebih baik dari busines BESAR tapi untungnya KECIL"


"MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YANG DIUSAHAKAN ITU GAGAL"

TANDEK BOLEH....MARUDU YAKIN BOLEH....APA TUNGGU LAGI MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA, JANGAN BERLENGAH LAGI....

No comments: