Wednesday, August 12, 2009

Kedamaian Hati Terletak Pada Akhlak Yang Mulia

Sikap seseorang akan terpantul kepada orang lain, dan begitu pula sebaliknya. Dengan kata lain, jika seseorang berbuat baik kepada orang lain, maka orang lain pun akan melakukan hal yang serupa kepadanya. Pantulan kebaikan adalah kebaikan juga, maka siapa yang berbuat baik kepada orang lain, maka jiwa raganya akan tenang- hatinya akan damai. Dan dia akan menikmati anugerah hidup dari Allah dalam suasana yang penuh tolak ansur serta harmoni.

Orang yang buruk dan bengis penampilan serta pembawaanya, maka orang lain juga akan melakukan hal serupa kepadanya. Sesiapa yang tidak menghormati orang lain, maka orang lain tidak akan hormat kepadanya.

Orang yang baik akhlaknya lebih dekat kepada ketenangan, jauh dari kegelisahan dan kesusahan

3 comments:

Umar Safri said...

Setuju tuan, "kedamaian hati itu terletak pd akhlak yg mulia". Jika akhlak bobrok, hati akan gunda gulana...

Md. Taufik said...

Terima kasih tuan, bila punya akhlak yang mulia hati akan menjadi tenang. Kerana apa juga yang kita lakukan akan menjurus kepada kebaikan dan membawa menafaat kepada masyarakat kita.

Umar Safri said...

Salam Ramadhan...