Sunday, July 12, 2009

"Biar Kecil Asalkan Berhasil"



" Apa guna ada perniagaan besar yang untungnya kecil?"

Biarlah kita jadi penjaja di pasar malam,penjual ubat dipinggir jalanan, pengusaha warung maKAN dilorong-lorong sempit, pengusaha industri kecil dibelakang rumah atau penjual minuman dan makanan bergerak tetapi kita yakin dan optimis dengan perniagaan kita. kita melakukan dengan penuh gairah dan seronok.

Apa yang cuba disampaikan penulis ialah, untuk memulakan perniagaan tidak perlu terlalu besar. Mulakan dari bawah dan kembangkan secara berperingkat-peringkat. Jangan cepat-cepat hendakan kekayaan yang segera.Yang paling penting ada kesungguhan dalam mengusahakan sesuatu perniagaan, biarpun ianya secara kecil-kecilan sahaja.Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, cuba anda renungkan dan fikirkan karektor Seorang JUTAWAN SENYAP berikut:-

1. Mereka pada umumnya menjalankan perniagaan yang tidak 'GAH' tidak hebat dan tidak 'standard'. Kebanyakanya menjalankan perniagaan kecil tetapidengan jaringan yang luas dan sesetengahnya pula ada usaha sampingan seperti ladang kelapa sawit, kelapa, getah, ternakan air tawar, kolam memancing, ladang nenas madu, ternakan kambing dan ayam kampung, membeli besi buruk dan sebagainya.

2. Mereka tidak pernah bercerita apa-apa tentang berapa pendapatan mereka. Bahkan mereka cuba mengelak kalau ada yang cuba-cuba hendak mengorek tentang perkara itu.

3. Walaupun kehidupan mereka mewah, ada rumah dan kenderaan yang setaraf dengan wakil rakayat...tetapi kehidupan sosial mereka lebih merakayat. Mereka tidak masuk dalam kelas elit. Dalam majlis-maljis sosial mereka duduk di barisan orang kebanyakan. Ketua Kampung, penghulu mukim atau ketua cawangan parti lebih berkedudukan berbanding dengan mereka ini.

4. Mereka ini jarang atau tiada yang mendapat apa-apa anugerah bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato' atau Tan Sri. Paling tinggi pun PJK (Pingat Jasa Kebaktian) dan gelaran yang lazim untuk mereka ialah seperti 'Pak Haji' atau 'Mak Hajjah' jikalau telah menunaikan haji.

5. satu lagi ciri penting jutawan senyap ini ialah mereka bukan jenis ghairah melabur sana-sini. Mereka paling berhati-hati dan berwaspada apabila melibatkan soal duit. Disiplin menyimpan cukup tinggi dan gaya berbelanjaya pun sangat berhemat. Mereka lebih yakin membeli hartanah berbanding saham. Falsafah perniagaan mereka ialah,

" Biarlah kita jalankan perniagaan KECIL asalkan kejayaanya BESAR. Itu lebih baik dari busines BESAR tapi untungnya KECIL"


"MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YANG DIUSAHAKAN ITU GAGAL"

TANDEK BOLEH....MARUDU YAKIN BOLEH....APA TUNGGU LAGI MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA, JANGAN BERLENGAH LAGI....

Friday, July 10, 2009

Pelan Perniagaan




1. Untuk memulakan sesuatu perniagaan, tidak kira perniagaan itu besar atau pun kecil yang paling penting haruslah terlebih dahulu mempunyai atau menyediakan Pelan Perniagaan.Dimana pelan perniagaan ini adalah penting bagi menerangkan maksud berkenaan Rancangan Perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.Baiklah mengapakah Pelan perniagaan ini mustahak kepada Usahawantani-usahawantani kita terutamanya di Daerah Kota Marudu? Ya, tujuanya yang pertama sekali dengan adanya Pelan Perniagaan ini kita sebagai pengusaha akan dapat menilai sendiri bidang apakah yang bakal dicuburi. Misalnya bidang penternakan kambing, lembu, menjual kelapa bakar, menjual ikan pangang, menjual sayur-sayuran, buah-buahan-durian,limau,mangga, menjual ikan masin dan sebagainya. Ini sebagai contoh sahaja, yang lain-lain tuan-tuan boleh fikirkan.

2. Tujuan kedua Pelan Perniagaan ialah untuk membantu kita menganggarkan keperluan sumber.Sebagai contoh dari segi keluasan tanah yang diperlukan,sumber kewangan merangkumi perbelanjaan atau modal awal yang diperlukan untuk menjayakan Projek yang hendak dilaksanakan.

3. Seterusnya mengkaji dan menilai Daya Maju Projek. Maka dengan adanya Pelan Perniagaan ini petunjuk awal dari segi Pendapatan bersih, pendapatan terkumpul, kos pengeluaran, titik pulang modal dan jangka masa perancangan projek perniagaan itu disiapkan sepenuhnya.

4. Sebagai panduan untuk mengurus projek dan memberi gambaran kemungkinan masalah yang mungkin akan dihadapi.Memberikan keyakinan kepada pihak bank sekiranya kita ingin membuat pinjaman untuk tujuan perniagaan yang berasaskan makanan. Pinjaman boleh dibuat Di Agro Bank (Bank Pertanian Malaysia).