Tuesday, November 8, 2011

KELEBIHAN - SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.



Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.



Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”



Daripada Pesan Guruku:

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :

dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan



terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.



dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah.

Friday, September 9, 2011

Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka

Bismillahirrahmanirrahim....

Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS

          Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

        Sepertimana kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan. Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.

        Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.

         Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

        Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh danpelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.



Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:

1.     Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.

2.     Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
3.     Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.

4.     Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.

5.     Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.

6.     Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.

7.     Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.

8.     Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.

9.     Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya. 

10.Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.

11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.

12.Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.

13.  Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

 
Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.

Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,
INSYA ALLAH.

(sumber: www.darulnuman.com)

Thursday, April 21, 2011

TENDAI DAYA SEJATI INSANI

Menulis Impian Diklat setiap hari memang berkesan untuk capai apa jua hajat (impian). Dalam Tendai, setiap kali nak buat latihan perlu membaca dahulu diklat peribadi yang dituliskan impian, masalah dihadapi dan niat apa yang nak dilakukan bila impian tercapai.

Semasa membuat latihan Daya Sejati Insani, sewaktu itu kita menghantar energi bagi menarik segala impian kita. Andainya impian yang besar dan makan masa 10 tahun untuk capainya, jika buat dengan Tendai ia akan jadi 3 tahun atau kurang.

Yang paling penting sekali diklat ini tak boleh ditunjukkan kepada sesiapa dan ini rahsia anda seorang sahaja. Termasuklah pasangan anda. Jika anda mempunyai isteri, tak perlu tunjukkan pada isteri anda impian tersebut. Sebagai contoh jika anda tulis “Nak kahwin lagi satu”…dah tentu anda tahu apa akibatnya. Ini contoh sahaja….
Masalah yang dihadapi anda tulis seberapa banyak seperti masalah kurang keyakinan, tidak ada modal, tak ada peluang, tak ada kawan dan lain lain. Apabila masalah anda dan impian tercapai, anda gariskan padam pada impian dan masalah yang sudah dicapai dan diatasi.

Niat yang anda harus lakukan setelah berjaya ialah membuat nazar. Sebagai contoh sedekah RM10 ke anak yatim. Setiap kali anda capai impian anda sedekah. Jika tak buat lain kali nak capai impian menjadi sukar.

Dan impian biarlah realistik jangan yang diluar kemampuan anda seperti impian untuk menjadi raja atau presiden US. Secara detail dalam pengijazahan tendai. Bagi Ahli Tendai , setiap kali buat latihan jangan lupa tulis dan baca diklat peribadi dan hantar energi penarik.

APA PERTANYAAN DAN KOMEN ANDA….

Tuesday, April 19, 2011

APAKAH MANFAAT TENDAI ?

1. Menambahkan kecerdasan fizikal , mental , emosi dan rohani

2. Meningkatkan kewibawaan diri , disegani , dikasihi , dihormati kemana sahaja anda pergi.

3. Meningkatkan kecerdasan minda , lulus peperiksaan, mudah hafal dan kuat ingatan.

4. Mendinding diri dan orang lain dari semua bentuk gangguan samada manusia mahupun makhluk halus dan ilmu hitam. Boleh membuat benteng rumah sendiri dan orang lain.

5. Merawat pelbagai jenis penyakit dengan hanya sentuhan tangan dan air kosong sahaja, tanpa jampi serapah. Termasuk kena ilmu hitam, sihir, kerasukan , gangguan makhluk halus , musnahkan ilmu hitam dan sihir dari jauh dan pelbagai lagi.

6. Meraih pelbagai ilham untuk pelbagai urusan dalam kehidupan seperti dalam bidang kerezekian,perniagaan dan pekerjaan.Membangkitkan semangat dan jati diri ke tahap yang tinggi sehingga berwibawa dan disegani.

7. Mempengaruhi orang lain , kata-kata didengar orang, buah fikiran diterima orang.

8. Dapat mengisi energi kepada sesiapa sahaja bagi tujuan rawatan.Mengaktifkan indera ke-6 gerak hati lebih peka.Menambahkan kekuatan fizikal, tahan dari serangan penyakit.

9. Boleh melakukan gerak ilham , bukan kerasukan atau memanggil jin , hanya dengan gerakan energy dalam badan yang dipimpin oleh kekuasaan illahi, dalam keadaan anda sedar , meniru pelbagai bentuk senibela diri, ia bangkit dari minda bawah sedar.

10.Energi akan bertindak secara automatik ketika terdesak, walaupun anda dalam keadaan tertidur. Insya ALLAH. Malah musuh yang menyerang anda akan terpelanting sebelum serangannya mengenai anda dengan hanya olahan nafas.Dan banyak lagi manfaat dan kegunaannya untuk anda seharian yang tidak dapat dinyatakan disini… sekali lagi dinyatakan bahawa kegunaanya tidak terhad untuk perkara diatas sahaja…terpulang kepada hajat anda. Di atas hanyalah sekadar contoh yang dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ia dapat mengubah kehidupan anda kearah yang lebih baik dari sebelumnya…Insya ALLAH…Amin.



[ PERKARA – PERKARA DI ATAS BUKANLAH HANYA OMONGAN KOSONG TETAPI IA ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN AHLI – AHLI TENDAI YANG DULUNYA TERCARI – CARI ILMU YANG AMPUH SEPERTI ANDA ]









Sunday, April 17, 2011

PENGISIAN JARAK JAUH DAYA SEJATI INSANI

ILMU AMPUH UNTUK : MENARIK REZEKI , PERLINDUNGAN , RAWATAN , KEBAHAGIAAN , KESIHATAN , MENCAPAI IMPIAN DENGAN PANTAS

PENGISIAN JARAK JAUH DAYA SEJATI INSANI
“ Ilmu Ampuh Mengatasi Pelbagai Masalah ”

Ilmu Daya Sejati Insani adalah gabungan berbagai aliran perguruan dan berbagai kaedah TANPA mengubah akidah atau pegangan sesuatu agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan sesuatu agama , adat resam sesuatu kaum malah tanpa menggunakan kuasa ghaib jin, khodam , syaitan , azimat atau lain-lain bantuan.

Anda masih berkemampuan memiliki keilmuan “KESEJATIAN DIRI” yang “MULTI FUNGSI” di mana selama ini keilmuan ini sangat “RAHSIA” kerana sifat keilmuan ini sendiri sangat dirahsiakan.

Dalam ilmu beladiri , ia dirancang khusus dan sangat mudah dipelajari oleh sesiapa pun sama ada orang dewasa , kanak-kanak, wanita malah bagi mereka yang cacat anggota sekalipun masih boleh memiliki keilmuan ini.

Secara tak langsung dapat keilmuan ini menambah rasa keimanan kita kepada ALLAH SWT , nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkat kepercayaan pada diri sendiri.

Ilmu Daya Sejati Insani ini adalah untuk semua hajat kehidupan yang dilakukan tanpa ritual puasa , latihan jurus berjam-jam, zikir, meditasi dan bermacam- macam lagi, setelah ½ jam waktu pengisian yang hanya mengambil masa 15 minit anda sudah boleh menguji keberadaan ilmu dan seterusnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan orang lain secara spiritual.

Adapun keberadaan ilmu ini adalah kekal selama-lamanya dan dapat pula turun kepada orang lain tanpa mengurangkan ilmu yang ada malah keilmuan anda bertambah dan terus bertambah setelah menerima ijazah TENDAI MASTER.

Jin / Makhluk Halus akan lari di saat melihat kita dan penyakit medis dan non medis mula mengurang apabila terkena sentuhan jari kita. Sekali lagi kita tekankan disini , tanpa perlu Azimat , Air Keramat, Tasbih Keramat, Minyak Keramat, Khodam, Jin tanpa perlu pendamping dan bermacam-macam lagi anda masih berpeluang mempunyai keilmuan yang anda ingini tanpa perlu memperjudikan hidup anda pada syaitan dan makhluk halus.





Pengijazahan Tendai Peringkat Dasar

Mahar : RM 165 / S$ 165 / B$ 165 / USD 165



Peringkat Dasar anda boleh miliki ilmu dan kegunaan seperti kelebihan yang tertera di bahagian atas. Aplikasi Tendai untuk rawatan juga di ajarkan. Setelah latihan selama 21 hari anda akan rasakan tenaga positif baru dalam diri. Anda merupakan Ahli Tendai.

Monday, January 25, 2010

PROJEK PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR

Tanah terbiar ditakrif sebagai tanah milik yang tidak diusahakan selama dua tahun berturut-turut. Terdapat kira-kira 34,362 hektar tanah terbiar di Semenanjung Malaysia dan daripada jumlah tersebut hanya 12,155 hektar sahaja (berkeluasan melebihi 10 hektar) yang berpotensi untuk dibangunkan dengan aktiviti pertanian. Majoriti tanah ini adalah tanah bekas sawah yang tidak lagi diusahakan disebabkan kekurangan infrastruktur asas disamping pemilik yang telah tua, tanah yang mempunyai banyak penama dan pemilik tinggal di luar kawasan.

Ekoran kenaikan harga minyak dan peningkatan harga barangan keperluan, kerajaan mengambil langkah drastik untuk membangunkan tanah terbiar sebagai satu sumber bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara. Ini diperlihatkan dengan tambahan peruntukan sebanyak RM 48 juta bagi pembangunan tanah terbiar yang melibatkan Jabatan Pertanian di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM)(2008-2010) sementara di bawah peruntukan sedia ada Projek Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian (ACDA), sebanyak RM 30 juta telah diperuntukkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi pembangunan tanah terbiar dalam tempoh RMKe-9 ialah sebanyak RM 78 juta.

Konsep pembangunan tanah terbiar melibatkan persetujuan tuan tanah untuk mengusahakan sendiri atau menyewakan kepada usahawan untuk dimajukan secara ’profit sharing’. Jabatan Pertanian sebagai agensi peneraju menggemblengkan kepakaran, sokongan dan perkhidmatan jabatan/agensi di bawah MOA Inc. bagi membangunkan tanah terbiar. Dalam tahun 2008, peruntukan sebanyak RM 5 juta diterima di bawah DJBM untuk membangunkan tanah terbiar di 28 lokasi yang berkeluasan 250 hektar dan RM 12.5 juta bagi membangunkan kawasan seluas 1,276.13 hektar di 26 lokasi melalui Projek ACDA. Tanaman yang diberi fokus adalah tanaman yang cepat mengeluarkan hasil seperti sayur-sayuran dan yang mempunyai aktiviti rantaian nilai (supply chain).

Pembangunan tanah terbiar dapat meningkatkan pendapatan pengusaha dan sekaligus dapat meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara. Usaha ini dapat dicapai dengan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak yang terlibat agar pembangunan tanah terbiar ini menjadi kawasan yang produktif dan mapan.