Thursday, April 21, 2011

TENDAI DAYA SEJATI INSANI

Menulis Impian Diklat setiap hari memang berkesan untuk capai apa jua hajat (impian). Dalam Tendai, setiap kali nak buat latihan perlu membaca dahulu diklat peribadi yang dituliskan impian, masalah dihadapi dan niat apa yang nak dilakukan bila impian tercapai.

Semasa membuat latihan Daya Sejati Insani, sewaktu itu kita menghantar energi bagi menarik segala impian kita. Andainya impian yang besar dan makan masa 10 tahun untuk capainya, jika buat dengan Tendai ia akan jadi 3 tahun atau kurang.

Yang paling penting sekali diklat ini tak boleh ditunjukkan kepada sesiapa dan ini rahsia anda seorang sahaja. Termasuklah pasangan anda. Jika anda mempunyai isteri, tak perlu tunjukkan pada isteri anda impian tersebut. Sebagai contoh jika anda tulis “Nak kahwin lagi satu”…dah tentu anda tahu apa akibatnya. Ini contoh sahaja….
Masalah yang dihadapi anda tulis seberapa banyak seperti masalah kurang keyakinan, tidak ada modal, tak ada peluang, tak ada kawan dan lain lain. Apabila masalah anda dan impian tercapai, anda gariskan padam pada impian dan masalah yang sudah dicapai dan diatasi.

Niat yang anda harus lakukan setelah berjaya ialah membuat nazar. Sebagai contoh sedekah RM10 ke anak yatim. Setiap kali anda capai impian anda sedekah. Jika tak buat lain kali nak capai impian menjadi sukar.

Dan impian biarlah realistik jangan yang diluar kemampuan anda seperti impian untuk menjadi raja atau presiden US. Secara detail dalam pengijazahan tendai. Bagi Ahli Tendai , setiap kali buat latihan jangan lupa tulis dan baca diklat peribadi dan hantar energi penarik.

APA PERTANYAAN DAN KOMEN ANDA….

No comments: