Tuesday, November 8, 2011

TANDA TERKENA SIHIR / GANGGUAN JIN

Petanda Petandanya Adalah :-


1) sukar hendak tidur di waktu malam dan sering terjaga di waktu tidur.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) rasa berdebar debar apabila waktu senja

4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.

5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.

10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan dan kerap bertengkar.

18) Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.

19) Semakin berkurangan mengerjakan solat/Malas beribadat.

20) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Melihat jin secara terus.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid tidak teratur.

31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.

38) Sakit kepala,mata berpinar, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.

39) Tetiba bau busuk dalam rumah kemudian hilang, begitu juga bau wangi tetiba datang dan kemudian hilang begitu sahaja.



APA ITU SIHIR?

• MAKSUD

- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia



• CONTOH

- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna

- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan

- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus



• PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR

- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain

- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang

- ada perasaan benci terhadap seseorang



APA ITU SAKA?

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb



Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah..



No comments: