Wednesday, August 12, 2009

Kedamaian Hati Terletak Pada Akhlak Yang Mulia

Sikap seseorang akan terpantul kepada orang lain, dan begitu pula sebaliknya. Dengan kata lain, jika seseorang berbuat baik kepada orang lain, maka orang lain pun akan melakukan hal yang serupa kepadanya. Pantulan kebaikan adalah kebaikan juga, maka siapa yang berbuat baik kepada orang lain, maka jiwa raganya akan tenang- hatinya akan damai. Dan dia akan menikmati anugerah hidup dari Allah dalam suasana yang penuh tolak ansur serta harmoni.

Orang yang buruk dan bengis penampilan serta pembawaanya, maka orang lain juga akan melakukan hal serupa kepadanya. Sesiapa yang tidak menghormati orang lain, maka orang lain tidak akan hormat kepadanya.

Orang yang baik akhlaknya lebih dekat kepada ketenangan, jauh dari kegelisahan dan kesusahan

Wednesday, August 5, 2009

PROGRAM INSENTIF PENGELUARAN TANAMAN- JAMINAN BEKALAN MAKANAN SAYUR DAN BUAH



Untuk menggalakan peningkatan pengeluaran tanaman (Buah-buahan dan Sayur-sayuran)di bawah Jabatan Pertanian Sabah telah memperkenalkan insentif kepada para pengusaha yang berkelayakan. Kadar insentif Tanam yang dipersetujui adalah seperti berikut:-

i. Sayur-sayuran (termasuk tanaman kontan)seperti Cili, Brassica(Sawi), kobis,
Kacang Buncis,halia, terung, bayam, kacang panjang, tomato, kangkung, timun,
labu manis, ubi kayu dan jagung manis.

Kadar insentif : RM81.00/metrik tan.


ii. Buah-buahan ( Misalnya : Nanas,belimbing, betik, jambu, limau, mangga, pisang, kelapa, salak, tembikai/melon, longan cempedak dan rambutan )

Kadar insentif : RM78.00/ metrik tan

Perlu diingatkan bahawa pemberian insentif ini hanya berdasarkan kepada pengeluaran Hasil yang dijual sahaja. Bagi masyarakat pengusaha hasil-hasil pertanian sekalian perlulah memgambil peluang ini. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Sabah ini, mudah-mudahan dapat meringankan beban pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran.

Oleh itu gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Usahakanlah sedikit demi sedikit tanah-tanah yang terbiar di Kota Marudu. Setidak-tidaknya dengan kita mengusahakan sesuatu tanaman buah-buahan atau sayur-sayuran, kita tidak perlu lagi membeli diluar sana dan ini dapat menjimatkan kos makanan seharin kita.Tapi jika dapat diusahakan pada skala yang lebih besar itu adalah yang terlebih baik lagi.

Untuk Renungan kita bersama:-

"Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya
Kelebihan Manusia pada Akalnya"