Thursday, April 21, 2011

TENDAI DAYA SEJATI INSANI

Menulis Impian Diklat setiap hari memang berkesan untuk capai apa jua hajat (impian). Dalam Tendai, setiap kali nak buat latihan perlu membaca dahulu diklat peribadi yang dituliskan impian, masalah dihadapi dan niat apa yang nak dilakukan bila impian tercapai.

Semasa membuat latihan Daya Sejati Insani, sewaktu itu kita menghantar energi bagi menarik segala impian kita. Andainya impian yang besar dan makan masa 10 tahun untuk capainya, jika buat dengan Tendai ia akan jadi 3 tahun atau kurang.

Yang paling penting sekali diklat ini tak boleh ditunjukkan kepada sesiapa dan ini rahsia anda seorang sahaja. Termasuklah pasangan anda. Jika anda mempunyai isteri, tak perlu tunjukkan pada isteri anda impian tersebut. Sebagai contoh jika anda tulis “Nak kahwin lagi satu”…dah tentu anda tahu apa akibatnya. Ini contoh sahaja….
Masalah yang dihadapi anda tulis seberapa banyak seperti masalah kurang keyakinan, tidak ada modal, tak ada peluang, tak ada kawan dan lain lain. Apabila masalah anda dan impian tercapai, anda gariskan padam pada impian dan masalah yang sudah dicapai dan diatasi.

Niat yang anda harus lakukan setelah berjaya ialah membuat nazar. Sebagai contoh sedekah RM10 ke anak yatim. Setiap kali anda capai impian anda sedekah. Jika tak buat lain kali nak capai impian menjadi sukar.

Dan impian biarlah realistik jangan yang diluar kemampuan anda seperti impian untuk menjadi raja atau presiden US. Secara detail dalam pengijazahan tendai. Bagi Ahli Tendai , setiap kali buat latihan jangan lupa tulis dan baca diklat peribadi dan hantar energi penarik.

APA PERTANYAAN DAN KOMEN ANDA….

Tuesday, April 19, 2011

APAKAH MANFAAT TENDAI ?

1. Menambahkan kecerdasan fizikal , mental , emosi dan rohani

2. Meningkatkan kewibawaan diri , disegani , dikasihi , dihormati kemana sahaja anda pergi.

3. Meningkatkan kecerdasan minda , lulus peperiksaan, mudah hafal dan kuat ingatan.

4. Mendinding diri dan orang lain dari semua bentuk gangguan samada manusia mahupun makhluk halus dan ilmu hitam. Boleh membuat benteng rumah sendiri dan orang lain.

5. Merawat pelbagai jenis penyakit dengan hanya sentuhan tangan dan air kosong sahaja, tanpa jampi serapah. Termasuk kena ilmu hitam, sihir, kerasukan , gangguan makhluk halus , musnahkan ilmu hitam dan sihir dari jauh dan pelbagai lagi.

6. Meraih pelbagai ilham untuk pelbagai urusan dalam kehidupan seperti dalam bidang kerezekian,perniagaan dan pekerjaan.Membangkitkan semangat dan jati diri ke tahap yang tinggi sehingga berwibawa dan disegani.

7. Mempengaruhi orang lain , kata-kata didengar orang, buah fikiran diterima orang.

8. Dapat mengisi energi kepada sesiapa sahaja bagi tujuan rawatan.Mengaktifkan indera ke-6 gerak hati lebih peka.Menambahkan kekuatan fizikal, tahan dari serangan penyakit.

9. Boleh melakukan gerak ilham , bukan kerasukan atau memanggil jin , hanya dengan gerakan energy dalam badan yang dipimpin oleh kekuasaan illahi, dalam keadaan anda sedar , meniru pelbagai bentuk senibela diri, ia bangkit dari minda bawah sedar.

10.Energi akan bertindak secara automatik ketika terdesak, walaupun anda dalam keadaan tertidur. Insya ALLAH. Malah musuh yang menyerang anda akan terpelanting sebelum serangannya mengenai anda dengan hanya olahan nafas.Dan banyak lagi manfaat dan kegunaannya untuk anda seharian yang tidak dapat dinyatakan disini… sekali lagi dinyatakan bahawa kegunaanya tidak terhad untuk perkara diatas sahaja…terpulang kepada hajat anda. Di atas hanyalah sekadar contoh yang dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ia dapat mengubah kehidupan anda kearah yang lebih baik dari sebelumnya…Insya ALLAH…Amin.



[ PERKARA – PERKARA DI ATAS BUKANLAH HANYA OMONGAN KOSONG TETAPI IA ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN AHLI – AHLI TENDAI YANG DULUNYA TERCARI – CARI ILMU YANG AMPUH SEPERTI ANDA ]









Sunday, April 17, 2011

PENGISIAN JARAK JAUH DAYA SEJATI INSANI

ILMU AMPUH UNTUK : MENARIK REZEKI , PERLINDUNGAN , RAWATAN , KEBAHAGIAAN , KESIHATAN , MENCAPAI IMPIAN DENGAN PANTAS

PENGISIAN JARAK JAUH DAYA SEJATI INSANI
“ Ilmu Ampuh Mengatasi Pelbagai Masalah ”

Ilmu Daya Sejati Insani adalah gabungan berbagai aliran perguruan dan berbagai kaedah TANPA mengubah akidah atau pegangan sesuatu agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan sesuatu agama , adat resam sesuatu kaum malah tanpa menggunakan kuasa ghaib jin, khodam , syaitan , azimat atau lain-lain bantuan.

Anda masih berkemampuan memiliki keilmuan “KESEJATIAN DIRI” yang “MULTI FUNGSI” di mana selama ini keilmuan ini sangat “RAHSIA” kerana sifat keilmuan ini sendiri sangat dirahsiakan.

Dalam ilmu beladiri , ia dirancang khusus dan sangat mudah dipelajari oleh sesiapa pun sama ada orang dewasa , kanak-kanak, wanita malah bagi mereka yang cacat anggota sekalipun masih boleh memiliki keilmuan ini.

Secara tak langsung dapat keilmuan ini menambah rasa keimanan kita kepada ALLAH SWT , nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkat kepercayaan pada diri sendiri.

Ilmu Daya Sejati Insani ini adalah untuk semua hajat kehidupan yang dilakukan tanpa ritual puasa , latihan jurus berjam-jam, zikir, meditasi dan bermacam- macam lagi, setelah ½ jam waktu pengisian yang hanya mengambil masa 15 minit anda sudah boleh menguji keberadaan ilmu dan seterusnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan orang lain secara spiritual.

Adapun keberadaan ilmu ini adalah kekal selama-lamanya dan dapat pula turun kepada orang lain tanpa mengurangkan ilmu yang ada malah keilmuan anda bertambah dan terus bertambah setelah menerima ijazah TENDAI MASTER.

Jin / Makhluk Halus akan lari di saat melihat kita dan penyakit medis dan non medis mula mengurang apabila terkena sentuhan jari kita. Sekali lagi kita tekankan disini , tanpa perlu Azimat , Air Keramat, Tasbih Keramat, Minyak Keramat, Khodam, Jin tanpa perlu pendamping dan bermacam-macam lagi anda masih berpeluang mempunyai keilmuan yang anda ingini tanpa perlu memperjudikan hidup anda pada syaitan dan makhluk halus.





Pengijazahan Tendai Peringkat Dasar

Mahar : RM 165 / S$ 165 / B$ 165 / USD 165



Peringkat Dasar anda boleh miliki ilmu dan kegunaan seperti kelebihan yang tertera di bahagian atas. Aplikasi Tendai untuk rawatan juga di ajarkan. Setelah latihan selama 21 hari anda akan rasakan tenaga positif baru dalam diri. Anda merupakan Ahli Tendai.