Wednesday, May 27, 2009

KETABAHAN DAN KEKENTALAN JIWA MENCAPAI KEJAYAAN

Perjuangan untuk mencapai kejayaan sama seperti perjuangan menentang musuh, banyak liku,duri dan renjaunya. Perjuangan demi kejayaan menuntut pengorbanan dan memakan masa yang amat panjang.
Jikalau saudari dan saudari masih ingat sewaktu kita bergelar pelajar, sebelum kita mencapai kejayaan pada hari ini sebenarnya telahpun melalui berbagai cabaran dan dugaan yang memerlukan semangat yang jitu dan kekuatan hati:
i. Pada masa orang lain bersenang-senang menonton tv, kita terpaksa membuat latihan dan
kerja rumah.
ii. Ketika sahabat-sahabat kita yang lain enak tidur dan ponteng sekolah, kita pula awal-awal lagi dah bangun pagi untuk mentelah buku dan ke Sekolah.
iii. Pada masa cuti atau pada waktu petang selepas hari persekolahan orang lain berfoya-foya ke sana ke mari, kita pula terpaksa menghadapi kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum.
iv. Kita mungkin disindir atau dipulaukan oleh kawan-kawan atau gelaran-gelaran yang menyakitkan telinga keran terlalu komited dengan pelajaran.
v. Kita mungkin menerima leteran guru dan ibu bapa setiap hari. Tapi kita sedar semua itu adalah demi untuk kebaikan kita di masa hadapan.
vi. Kita juga mungkin mengalami gangguan perasaan dan fikiran kerana beban kerja sekolah yang banyak.
Tapi, dengan kekuatan, keazaman, kesungguhan dan ketabahan akhirnya kita menuai benih kejayaan yang kita usahakan sebelum ini. Ingat ubat untuk jiwa yang lemah ialah tauhid kepada Allah. Walau bagaimanapun segala usaha yang kita lakukan Tuhan jua penentu segala-galanya. Maka apabila anda telah berusaha bersungguh, maka janganlah sesekali lupa bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa.
"MANUSAI MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, TAPI INGAT PERANCANGAN ALLAHLAH YANG LEBIH BAIK".
"Kegagalan hanya satu persimpangan dan bukanlah satu jalan mati"

Monday, May 25, 2009

RENUNGAN ORANG KITA, KITA ORANG

PERANAN SYAITAN DALAM ILHAM

"Dan demikianlah KAMI jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)". - Al- Imbran, 122.

"KESENANGAN HATI DAN KETENTERAMAN JIWA LEBIH BERHARGA DARI KESENANGAN PANGKAT DAN KEKAYAAN"

"Dan orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya, dan mengharapkan ampun ALLAH tanpa beramal".

Sunday, May 24, 2009

Kejayaan Dan Kecemerlangan

Kejayaan dan Kecemerlangan adalah impian setiap insan. Setiap bangsa di dunia ini sentiasa berlumba-lumba untuk membuktikan mereka lebih berjaya dan lebih cemerlang daripada setiap bangsa dan negara yang lain.